fbpx

Spurs turun tanpa Heung-min

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kiri) dijangka kembali pulih sepenuhnya bulan depan sekali gus terlepas aksi bertemu Leicester awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte terus diuji apabila tidak dapat menggunakan beberapa khidmat pemain utama untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City di Stadium King Power awal pagi esok.

Difahamkan, bintang Korea Selatan, Son Heung-min terpaksa diketepikan kerana masih belum pulih daripada kecederaan dialami ketika bertemu Chelsea sebelum ini.

Conte sendiri tidak pasti tarikh sebenar Heung-min akan kembali kerana menjangkakan penyerang itu hanya sempat pulih seawal bulan depan.

“Kami tidak dapat menggunakan khidmatnya untuk pertemuan dengan Leicester kerana dia masih dibelenggu kecede­raan. Sudah tentu ia sesuatu yang sukar buat kami.

“Saya tidak tahu bila dia akan pulih sepenuhnya, mungkin dia perlukan masa sehingga Februa­ri depan. Kami akan cuba ta­ngani masalah ini ketika bertemu Leicester,” kata pengendali dari Itali itu.

Selain Heung-min, Spurs juga belum pasti boleh menurunkan pemain tengah, Eric Dier kerana masih tidak berlatih selepas mengalami kecederaan otot.

Bagaimanapun, Spurs boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap, Steven Bergwijn dilaporkan sudah pulih daripada kecederaan yang dialami, namun tahap kecergasannya masih perlu dinilai terlebih dahulu sebelum perlawanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI