fbpx

Kekasih sembur buih plastik, lelaki mungkin mati pucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketulan buih plastik yang dikeluarkan dari pundi kencing dan zakar seorang lelaki gelandangan di AS. - Rosa Parka, Susan M. MacDonald

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki berdepan risiko kecacatan kekal pada zakarnya akibat gumpalan buih plastik yang  disembur secara tidak sengaja dan mengeras dalam alat sulitnya, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Kes yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) itu  dilaporkan bermula dengan kekasih pesakit itu secara tidak sengaja tertekan picu botol semburan buih poliuretana (SPF) bagi menegangkan alat sulitnya semasa persetubuhan.

SPF digunakan secara meluas bagi pembinaan rumah sebagai bahan penebat dan menutup rekahan pada dinding.

Mangsa yang dirahsiakan identitinya, turut berdepan masalah mati pucuk dan mengaku menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat situasi tersebut.

Seorang pakar urologi berkata,  lelaki itu menunggu tiga minggu untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas sukar membuang air kecil dan apabila tiba di hospital, dia sudah mula mengalami pendarahan.

Imbasan X-ray menemui pelbagai saiz jisim buih yang sudah mengeras dengan ukuran sepanjang 11 sentimeter (sm).

Pasukan perubatan berjaya mengeluarkan ketulan buih keras dari dalam pundi kencing lelaki itu semasa pembedahan tetapi jisim yang terletak pada zakarnya lebih berbahaya.

Doktor terpaksa menggunakan prosedur yang dikenali sebagai urethrostomy perineal, di mana pembukaan baharu dibuat antara skrotum dan dubur untuk mengeluarkan ketulan yang tertinggal.

Proses membuang kesemua ketulan buih berjaya namun doktor meletakkan mangsa di bawah penilaian psikiatri sebelum meneruskan pembedahan membaiki salur kencing yang telah terpotong dua bagi menyelamatkan nyawanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI