fbpx

Diana Danielle, penduduk Selangor mahu kerajaan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diana duduk di atas tong kosong sementara menunggu gilirannya untuk mengambil air yang dibekalkan Syabas di Kota Damansara semalam.

KUALA LUMPUR – Keperitan terputus bekalan air bukan sahaja membuatkan rakyat biasa marah, malah golongan artis yang menetap di Selangor turut membuat naik status tidak puas hati dengan kejadian itu di akaun media sosial masing-masing.

Semalam, pelakon filem Magika, Datin Diana Danielle ternyata tidak puas hati dengan apa yang berlaku hingga memuat naik status yang dia sedang beratur untuk mendapatkan bekalan air dari tangki statik di kawasan perumahannya di Kota Damansara.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 29, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan bekalan air terganggu.

“Hukuman RM60,000 tidak setimpal dan ia ibarat celah gigi mereka sahaja sebab itu mereka buat lagi.

“Ia tidak lagi relevan kerana tindakan itu mungkin boleh mencetuskan kluster (Covid-19) air Selangor pula. Sekarang pun masyarakat berebut mendapatkan air maka lupakan angan-angan mahu ke planet Marikh,” selorohnya dalam status di Instagram semalam.

Isteri pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil itu turut me­nyatakan kebimbangan mengenai nasib peniaga kecil, orang tua dan mereka yang kurang sihat menghadapi masalah tersebut.

Diana turut berkongsi satu keratan artikel mengatakan ke­salahan mencemar bekalan air di bawah Seksyen 121 Akta Per­khidmatan Air yang memperuntukkan hukuman denda RM500,000 atau penjara 10 tahun atau rotan.

Sementara itu, di Shah Alam, rata-rata penduduk berang de­ngan kejadian itu dan meminta kerajaan mengenakan kompaun jutaan ringgit kepada pemilik kilang jentera berat yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

“Jangan berlembut lagi de­ngan mereka. Perbuatan itu menyebabkan 1.97 juta pemegang akaun merangkumi lima juta orang terjejas,” kata Norolazmi Ab. Hassan, 66, ketika ditemui di pusat agihan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Seksyen 4.

Seorang lagi penduduk, Zulfatah Shuaib, 48, berkata, impak pencemaran itu bukan sahaja mengganggu aktiviti harian isi keluarga malah kepada peniaga.

“Kasihan kepada peniaga yang sebelum ini terjejas akibat pandemik Covid-19 kini berdepan gangguan bekalan air pula.

“Inilah masanya kerajaan perlu buktikan mereka prihatin de­ngan kepayahan penduduk Selangor,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI