fbpx

Bot karam: 6 PATI ditemui mati lemas, seorang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan menutup mayat PATI Indonesia yang ditemui mati lemas dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Pisang, Pontian, Johor hari ini.

PONTIAN – Enam mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditemui mati lemas manakala seorang dijumpai selamat dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Pisang di sini hari ini.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, semua mayat ditemui dilokasi kejadian dengan paling jauh berada dikedudukan 3.5 batu nautika dari tempat kejadian.

Katanya, mayat pertama dan kedua ditemui pada kira-kira pukul 1 tengah hari bersama seorang mangsa yang terselamat berusia 21 tahun.

“Manakala empat lagi mayat ditemui pada pukul 2.30 petang dengan semua mangsa masih berpakaian lengkap.

“Bot yang digunakan untuk membawa PATI warga negara Indonesia ke Pontian dipercayai telah tenggelam bersama pelbagai barangan peribadi dimiliki mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Pontian, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI