fbpx

Bercinta dengan artis, Gabriella Desta selalu disakiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GABRIELLA DESTA

PELAKON Gabriella Desta mengakui selalu berasa sakit hati sepanjang menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki dalam hidupnya.

Kata pelakon filem Rasuk itu, sebelum ini dia banyak kali bercinta dengan beberapa orang lelaki dalam kalangan pelakon.

“Kisah cinta saya selalunya teruk. Hati saya selalu disakiti. Memang sangat sedih dan sakit, tetapi tidak berdarah.

“Saya pernah bercinta dengan beberapa orang pelakon lelaki, tapi saya tidak boleh sebutkan nama mereka. Mereka juga sama sering menyakiti hati saya,” ujarnya.

Gara-gara kerap dikecewakan, Gabriella memutuskan untuk tidak lagi menjalinkan hubungan cinta dengan rakan pelakon, sebaliknya memilih untuk mengenali lelaki yang bukan dalam kalangan selebriti.

“Saya tidak trauma, cuma malas hendak menjalinkan hubungan cinta dengan rakan artis. Jadi selepas ini saya cari lelaki biasa-biasa sahaja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI