fbpx

Jeon So-min hanya makan sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEON SO-MIN

KESIBUKAN dan selebriti memang tidak dapat dipisahkan.

Dek kepadatan jadual menjalani penggambaran naskhah terbaharunya, Show Window, aktres Jeon So-min baru-baru ini ada berkongsi menu makanannya dalam media sosial buat tatapan peminat.

Menerusi InstaStory, anggota Running Man itu memuat naik foto sepinggan kecil juadah yang hanya mengandungi beberapa jenis sayur seperti cendawan, daun bawang dan asparagus siap dipanggang.

Melihatkan pilihan menu tersebut, ramai yang meluahkan kebimbangan, selain kagum dengan kegigihan dan komitmen pelakon itu bagi menjaga bentuk badannya demi kerja.

“Adakah awak kurus kerana hanya makan ini? Tolong jaga diri dan jangan terlalu kuat bekerja.

“Ini rupa-rupanya rahsia penjagaan badan awal.

“Tapi kami minta tolong jangan kurus sangat. Kerja, kerja juga, tetapi makan jangan lewat. Kami sayangkan anda,” tulis netizen.

Terdahulu, Show Window lakonan So-min berjaya mencipta rekod menerusi Channel A dengan rating tertinggi yang pernah diraih dalam saluran berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI