fbpx

Itali kurang tajam depan gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI dan Bosnia terpaksa berkongsi mata apabila sekadar terikat 1-1 pada aksi awal pagi semalam. - AFP

FLORENCE – Jurulatih Itali, Ro­berto Mancini menegaskan, skuad kendaliannya mampu menewaskan Bosnia-Herzegovina sekiranya lebih tajam ketika berada di depan gol.

Pada aksi Liga Negara-Negara Eropah yang berlangsung di Stadium Artemio Franchi awal pagi semalam, Itali hampa apabila sekadar seri 1-1.

Mancini berkata, keletihan mungkin menjadi antara punca jentera serangannya dilihat begitu longlai ketika berada dalam kawasan pasukan lawan.

“Kami cuba memastikan bola sampai ke kubu pasukan lawan, namun apabila berada di depan gol, jentera serangan gagal me­nyudahkan beberapa peluang terhidang. Sudah tentu saya kecewa dengan keputusan ini.

“Perlawanan ini sama seperti aksi terdahulu ketika kami bertemu di Turin apabila Bosnia bermain secara bertahan dan hanya menunggu masa sesuai melancarkan serangan balas pantas,” kata Mancini.

Keputusan seri itu sekali gus menyaksikan The Azzurri gagal meneruskan rentak kemenangan dalam 11 perlawanan berturut-turut sebelum ini, namun Mancini mengakui sedikit lega kerana tidak tewas.

“Saya sudah jangka kemena­ngan berturut-turut sebelum ini pasti ada penghujungnya tetapi saya gembira ia berakhir dengan keputusan seri, bukannya kekalahan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI