fbpx

Genting sumbang barang keperluan mangsa banjir Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAY ATISHA (dua dari kanan) menyerahkan simbolik sumbangan kepada Datuk Mohd. Zulkifli Hashim (kanan) sambil disaksikan Datuk Aida Munira Abdul Rafar (kiri) Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – Bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir dalam memulakan kehidupan baharu Genting Malaysia Berhad tampil menyalurkan sumbangan barang-barang keperluan.

Sumbangan berupa tilam, bantal dan pelbagai barangan keperluan itu disampaikan oleh Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Genting Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman kepada Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Aida Munira Abdul Rafar di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Bentong di sini.

Kay Atisha berkata, sumbangan diberikan diharap dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat musibah berkenaan.

“Selain sumbangan ini Genting Berhad sebelum ini turut membantu mangsa banjir di Taman Wijaya Karak dengan mengerahkan 70 sukarelawan untuk membantu membersihkan rumah dan jalan di kawasan itu yang diliputi lumpur tebal dan sampah sarap.

“Kami berharap mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan dan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak mambantu meringankan beban mereka dan memulakan kehidupan baharu selepas bencana banjir,” katanya.

Dalam pada itu Mohd. Zulkifli berkata, bantuan tersebut akan diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini secara berperingkat.

Katanya, sumbangan seperti itu amat signifikan yang amat diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terkesan selepas bencana berkenaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Genting Malaysia Berhad yang tampil menyalurkan sumbangan ini, begitu juga kepada semua pihak yang telah menyalurkan bantuan selama ini.

“Kita amat mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana pihak dari semasa ke semasa bagi membantu mangsa-mangsa banjir ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI