fbpx

16 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,809 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dilaporkan, dengan jumlah kes BID kekal 6,417 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Selangor (5), Terengganu (3), Pulau Pinang (2), Negeri Sembilan (2), Johor (1), Kedah (1), Kelantan (1) dan Sabah (1) serta tiada kematian di Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 40,618 kes aktif melibatkan 33,584 kes dikuarantin di rumah, 3,762 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,088 kes di hospital, 97 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 87 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI