PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala ricther telah berlaku di Rantau Sempadan Timur Xizang-India kira-kira pukul 6.59 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak kira-kira 618 kilometer dari Rangpur, Bangladesh.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 47 kilometer.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” ujar MetMalaysia – K! ONLINE