fbpx

Ali XPDC kumpul dana untuk Tahfiz Ulumulquran Wal Ahadith

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali XPDC (kanan) dan Roslan (kiri) berbual bersama salah seorang penaja di pusat Tahfiz Ulumulquran Wal Ahadith, hari ini.

KLANG – Penyanyi terkenal, Ali XPDC, bakal mengadakan persembahan bercorak muzikal Islamik bagi mengisi tabung Pusat Tahfiz Ulumulquran Wal Ahadith, Kampung Rantau Panjang di sini.

Persembahan pada 26 Februari depan turut melibatkan beberapa penyanyi pada eranya termasuk Ijam Medicine di pekarangan pusat tahfiz tersebut.

Menurut Ali atau nama sebenarnya, Mohd.Ali Ismail, walaupun pernah menerima rawatan sakit jantung dan semput namun dia begitu teruja dalam membantu pusat tahfiz tersebut.

Dia yang juga Duta pusat tahfiz berkenaan memberitahu, pihaknya menyasarkan sumbangan sebanyak RM 200,000 bagi menampung kos gaji 34 pengajar, pekerja pentadbiran dan makanan pelajar.

“Lagu-lagu adalah bercorak kerohanian dan sesuai untuk hiburan seisi keluarga selain turut diisi dengan perkongsian ilmu agama.

“Pembelian kerusi untuk persembahan amal tersebut melibatkan tiga kategori iaitu platinum dengan harga RM200, emas RM150 dan perak RM100,” katanya kepada pemberita ketika sesi bersama penaja dari Syarikat Bazenda Sdn.Bhd.di pusat tahfiz tersebut, hari ini.

Sementara itu Pengerusi pusat tahfiz itu, Roslan Ariffin berkata, pusat berkenaan telah dibuka sejak 2011 dengan mempunyai 220 pelajar dan hanya mengenakan yuran RM150 seorang setiap bulan.

“Sememangnya yuran kita rendah bagi memastikan ramai yang dapat belajar di sini.

“Pelajar kita bukan sahaja pelajar tempatan, malahan kita ada pelajar dari Kemboja dan Vietnam,” jelasnya.

Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh menghubungi Roslan ditalian 0162446567. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI