fbpx

Aksi hambar paksa Everton pecat Benitez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENITEZ dipecat serta-merta selepas gagal meningkatkan prestasi hambar Everton yang berlaku sejak awal musim lagi. – AFP

LIVERPOOL – Nama pengendali skuad antarabangsa Belgium, Roberto Martinez menjadi pilihan utama untuk menggantikan posisi pengurus pasukan Everton bagi menggantikan tempat Rafael Benitez yang dipecat serta-merta awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Martinez sebelum ini telah membimbing skuad The Toffees pada musim 2013 hingga 2016 sebelum dipecat.

Menurut sumber, pengendali kelahiran Sepanyol itu dianggap sebagai calon sesuai untuk membawa kembali kestabilan pasukan yang beraksi hambar pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak awal musim ini.

Selain itu, legenda Everton, Wayne Rooney yang kini mengendalikan kelab Liga ­Kejuaraan, Derby County turut menjadi pilihan sekiranya Martinez mengambil keputusan untuk menolak tawaran pihak pengurusan The Toffees.

Bekas pemain antarabangsa England, Jamie Redknapp percaya Rooney adalah calon yang lebih sesuai kerana berjaya mempamerkan kredibiliti tersendiri ketika mengendalikan pasukan Derby ketika ini.

“Saya rasa tiada calon yang lebih sesuai melainkan Rooney kerana apa yang dilakukan bersama Derby yang mengalami krisis pengurusan adalah luar biasa dan portfolio tersebut wajar dihormati,” kata Redknapp.

Penolong pengurus kepada Benitez, Duncan Ferguson bakal diberikan peranan selaku pemangku jurulatih untuk membantu pasukan pada kempen EPL menentang Aston Villa minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI