fbpx

KPM perlu bantuan SPP selesai isu pengambilan khas guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (dua dari kiri) ketika pertemuannya dengan wakil SPP hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) amat memerlukan bantuan segera Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk menyelesaikan baki pengambilan khas secara one-off bagi 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Menteri Kanan (Pedidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara tersebut merupakan antara usaha KPM bagi memperkasakan sektor pendidikan, tentang pengambilan guru baharu bagi institusi bawah KPM.

“Ini adalah penting bagi menyediakan guru berkualiti yang mencukupi untuk memenuhi kekosongan jawatan sedia ada.

“Terima kasih SPP kerana telah selesai menjalankan temuduga bagi pengambilan khas ini dan sebahagian daripada calon berjaya telah menerima tawaran lantikan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan daripada Pengerusi SPP yang baharu dilantik, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, dalam hal itu, KPM memerlukan bantuan segera SPP untuk menyelesaikan baki pengambilan guru tersebut bagi membolehkan penempatan guru dibuat sebelum sesi persekolahan akan datang bermula.

Selain itu, menurut beliau, mereka juga berbincang mengenai guru lantikan secara Contract of Service dan guru interim.

Ujarnya, perbincangan juga turut melibatkan guru interim bagi mata pelajaran bahasa Inggeris lantikan tahun 2019 yang akan tamat kontrak pada bulan April ini.

“Saya mohon supaya SPP dapat menyegerakan segala urusan temu duga kumpulan calon guru ini.

“Begitu juga dengan urusan lantikan bagi guru interim mata pelajaran Pendidikan Islam serta guru interim Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan Sarawak yang mana kontrak mereka juga akan tamat tahun ini,” katanya.

Selain itu, Radzi berkata, perbincangan turut menyentuh tentang keluhan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi pengambilan khas ini.

“Berdasarkan maklum balas SPP, terdapat lebihan graduan pendidikan bagi mata pelajaran tertentu, termasuk graduan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK). Perkara ini akan diteliti oleh KPM dan SPP.

“Selain guru, kami turut membincangkan tentang pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang perlu disegerakan bagi membantu melancarkan pengoperasian sekolah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI