fbpx

Padam kebakaran 7 hektar tapak pelupusan sampah perlu 7 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Kebakaran tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini dijangka mengambil masa seminggu lagi untuk dipadamkan berikutan membabitkan kawasan yang luas.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman berkata, pihaknya berusaha mengatasi masalah yang dihadapi termasuklah meminta pihak syarikat pengurusan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

“Sekarang (hari ini) sudah lima hari kejadian dan bomba jangka ambil masa tujuh hari lagi kerana setakat ini kebakaran mungkin dah jadi 7 hektar.

“Bomba menghadapi masalah iaitu tekanan air rendah dan masalah kekurangan tanah untuk ditambun.

“(Kejadian) ini adalah tanggungjawab syarikat dan kita akan pastikan mereka memberi kerjasama,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Nibong Tebal di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak-pihak berkaitan perlu menangani isu itu dengan baik apatah lagi Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan kesan kebakaran mengakibatkan pencemaran yang membimbangkan.

“Kesan kebakaran ini membabitkan keselamatan kira-kira 400 penduduk sekitar dan terdapat empat buah sekolah di kawasan itu.

“Ia merupakan kejadian terburuk setakat ini biarpun kejadian sama pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang keseluruhannya seluas 16.2 hektar mengalami kebakaran seluas kira-kira 6.5 hektar pada Rabu lalu.

Keselamatan kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga di kLadang Byram dan Kampung Kebun Baru yang terletak berdekatan dilaporkan terjejas dan mereka diminta berpindah ke pusat pemindahan sementra (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah.

Sementara itu, pengarah JAS, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihak pengurusan tapak pelupusan sampah itu telah beberapa kali dikenakan tindakan oleh pihaknya atas kesalahan pembakaran terbuka.

“JAS telah kompaun syarikat itu beberapa kali dan ada tindakan mahkamah yang sedang berjalan.

“Bagi kejadian ini, kita akan lihat apa kesalahan-kesalahan berlaku mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kita akan ambil tindakan terhadap syarikat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI