fbpx

Empat dikompaun langgar SOP sambutan Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

IPOH – Empat individu dikenakan kompaun RM1,000 tiap seorang semasa meraikan Thaipusam kerana tidak memakai pelitup dan membawa kanak-kanak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hanya mereka berusia 18 tahun ke atas dibenarkan turut serta, tetapi masih ada pihak yang berdegil membawa kanak-kanak sepanjang perayaan itu berlangsung.

“Walaupun kanak-kanak itu bukan terlibat secara langsung dalam upacara sembahyang tetapi penganut yang ada berhampiran upacara tersebut juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 399 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memantau SOP dan kawalan lalu lintas dalam kalangan pengunjung di sekitar Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh dan Kuil Sri Subramaniyar Thevasthana Paripalana Sabah, Sungai Siput.

Katanya, penugasan itu turut dibantu 24 Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) dan tujuh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Sempena perayaan Thaipusam yang berakhir Rabu ini, terdapat beberapa jalan di Ipoh dan Sungai Siput ditutup atau dilencongkan bagi memudahkan proses perarakan pedati.

“Penutupan jalan terpaksa dilakukan bagi memastikan kelancaran sepanjang perayaan berlangsung. Keselamatan orang ramai juga perlu dijaga selain mereka digesa mematuhi SOP agar tiada jangkitan baharu Covid-19,” katanya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI