PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tiga buah negeri petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir diramal akan melanda kawasan-kawasan terlibat sehingga pukul 5 petang nanti.
“Kawasan yang terlibat ialah di Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.
“Sementara itu, turut dijangka berlaku hujan lebat berserta ribut petir di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi), Sarawak,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, katanya, beberapa kawasan di Sabah juga dijangka berlaku cuaca sana di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu). – K! ONLINE