fbpx

JPJ kutip RM204 juta hasil jualan nombor siri pendaftaran kenderaan tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah dan Perhimpunan Setia JPJ Tahun 2022 di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip hasil RM204 juta menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, kutipan hasil itu membabitkan 117 siri nombor pendaftaran negeri di 15 buah stesen JPJ di seluruh negara.

Beliau berkata, kutipan itu juga meningkat 15.3 peratus atau RM27 juta berbanding RM177 juta direkodkan pada tahun 2020.

“Bagi setiap siri nombor pendaftaran itu, kami berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.7 juta.

“Tahun 2020, kami berjaya kutip RM177 juta dengan 13 siri nombor pendaftaran dilancarkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Setia JPJ 2022 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zailani berkata, pihaknya mengeluarkan 1,039,612 notis saman sepanjang tahun lalu berbanding 980,839 notis saman tahun sebelumnya.

“Daripada pengeluaran notis saman itu, 507,956 telah selesai dibayar dengan jumlah kutipan hasil sebanyak RM71.2 juta,” katanya.

Selain itu, katanya, JPJ juga berjaya memperoleh kutipan kira-kira RM7.14 juta bayaran saman menerusi program pengurangan saman 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia berakhir 31 Disember 2021.

Sementara itu, Zailani berkata, pihaknya turut mengeluarkan 3,215 notis saman kepada penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) sepanjang Ops Merah tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI