fbpx

Lembu putus kepala dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai lembu tanpa kepala yang dipercayai dibaham harimau di Bukit Rekan Manis, Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman pada Jumaat lalu.

KEMAMAN – Seorang penternak lembu tergamam apabila menyaksikan salah seekor lembu peliharaan mati dalam keadaan ngeri terputus kepala dipercayai akibat dibaham harimau belang di Kampung Chabang, Kerteh di sini pada Jumaat lalu.

Ramli Mohamad, 62, berkata, serangan harimau terhadap lembu peliharaannya tersebut dikesan sewaktu dia mahu memberi makan haiwan ternakannya yang ditempatkan di kebun miliknya di Bukit Rekan Manis berhampiran kawasan Air Terjun Menderu, Kerteh di sini.

“Saya mencari lembu betina berusia kira-kira setahun yang hilang itu apabila mendapati haiwan ternakan saya tidak cukup seekor, hanya tinggal 24 ekor.

“Mula-mula ingatkan, lembu itu tersesat atau terjatuh parit tetapi terkejut saya apabila menjumpai bangkai lembu itu dalam keadaan ngeri di kawasan alur sungai terletak kira-kira 100 meter dari kandang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Chabang, Kerteh di sini hari ini.

Cerita Ramli, sewaktu ditemui, kepala lembu itu terputus dengan kesan koyakan pada bahagian rahang dipercayai perbuatan harimau belang.

Katanya yang menternak lembu sejak tahun 2018, tambah menyakinkan, dia menjumpai banyak kesan tapak kaki haiwan dipercayai harimau belang di sekitar kawasan kebunnya.

“Esoknya, saya yang ditemani menantu lelaki, Mohd. Safwan Mat Pilus, 35, mendapati bangkai lembu betina tersebut telah hilang dipercayai dilarikan harimau terbabit pada awal pagi kelmarin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI