fbpx

Penyerang rumah ibadat Yahudi warganegara Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malik Faisal Akram, 44, ditembak mati oleh Pasukan Penyelamat Tebusan elit FBI selepas menahan empat tebusan lebih 10 jam di rumah ibadat Jemaah Beth Israel di Colleyville, Texas, kelmarin. - Daily Mail

WASHINGTON – Lelaki yang menjadikan empat orang sebagai tebusan di sebuah synagogue (rumah ibadat orang Yahudi) di Texas ialah seorang warganegara Britain, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Suspek yang ditembak mati semasa drama tebusan di sebuah pekan di Colleyville pada Sabtu lepas, dinamakan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebagai Malik Faisal Akram, 44.

Beberapa jam kemudian, polis antikeganasan Britain menangkap dua individu lain dan menyoal siasat mereka berhubung insiden tersebut.

“Dua remaja ditahan di Manchester Selatan petang ini (kelmarin). Mereka masih ditahan,” kata Polis Greater Manchester dalam satu kenyataan.

Pejabat lapangan FBI di Dallas terdahulu menyatakan, tiada petunjuk bahawa individu lain terlibat dalam serangan ke atas Synagogue Congregation Beth Israel itu.

Keempat-empat tebusan itu termasuk seorang rabi tempatan, Charlie Cytron-Walker dibebaskan tanpa kecederaan malam Sabtu lalu.

“Tiada keraguan bahawa ini pengalaman traumatik. Namun, kami bingkas dan akan kembali pulih,” kata Cytron-Walker.

Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai saudara lelaki Malik, Gulbar berkata dalam satu hantaran di Facebook bahawa dia mengesyaki saudara lelakinya menghidap sakit mental.

“Kami ingin menyatakan bahawa keuarga kami tidak menyokong tindakannya dan ingin memohon maaf setulusnya kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden malang ini,” kata Gulbar dalam hantaran di halaman Facebook komuniti Islam Blackburn, barat laut England. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI