fbpx

Char kuetiau berapi tarik perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Aksi dua orang tukang masak menggoreng char kuetiau menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video berdurasi 50 saat yang dikongsi di laman Twitter @Tok_Tek itu memaparkan, dua orang tukang masak menunjukkan skil masing-masing menggoreng hidangan tersebut sehingga kuali yang digunakan mengeluarkan api yang besar.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, orang ramai meluahkan perasaan teruja melihat aksi tukang masak tersebut selain ada juga yang bimbang tukang masak itu cedera disambar api.

“Makin banyak pergerakan, makin sedap,” kata Rim.

“Dapat 50 ‘order’ (pesanan) penat juga nak menari-nari macam ini,” kata Zxqe.

“Uncle, ini bukan memasak dah ini. Ini seni mempertahankan diri,” seloroh Akisto. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI