fbpx

Polis siasat OKT mati mengejut dalam lokap Pengkalan Chepa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azri

KUALA LUMLUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku satu kes kematian mengejut melibatkan orang kena tahan (OKT) dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pihak JIPS telah dimaklumkan berkenaan kes kematian tersebut pada pukul 4.35 petang pada hari yang sama.

“OKT berkenaan merupakan seorang lelaki berusia 37 tahun dan telah ditangkap dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“OKT telah direman selama empat hari bermula semalam hingga 19 Januari (Rabu) ini di Mahkamah Kota Bharu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI