fbpx

Banjir: Hanya satu PPS di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah tradisional limas milik salah seorang penduduk di sekitar Muar, Johor yang terjejas akibat banjir.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal seramai 74 mangsa terdiri daripada 22 keluarga yang masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka akibat banjir, di negeri ini setakat pukul 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, satu PPS berkenaan adalah di Sekolah Agama Gemereh, Segamat.

“Setakat pukul 8 pagi hari ini, hanya tinggal 74 mangsa yang masih ditempatkan di sebuah PPS iaitu di daerah Segamat, manakala PPS lain semua sudah ditutup.

“Jabatan Metereologi Malaysia menunjukkan ramalan cuaca yang baik di seluruh negeri ini dengan cuaca cerah sehingga tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, bacaan paras sungai juga tidak menunjukkan sebarang bacaan tanda bahaya manakala laluan Jalan Felda Bukit Aping di Kota Tinggi masih ditutup akibat daripada kejadian tanah runtuh sebelum ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI