fbpx

Tragedi ambil selipar, dua sahabat ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mangsa lemas Mohd. Ahlan Kiram yang lemas di Sungai Masai, Pasir Gudang, Johor. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

PASIR GUDANG – Dua sahabat yang dikhuatiri lemas di Sungai Masai, di sini petang semalam ditemui mati lemas di Sungai Masai, di sini malam tadi.

Mayat pertama, Shariff Mohd. Sharizan, 11, ditemui pada pukul 9.18 malam manakala mayat kedua Mohd. Ahlan Kiram, 14, pula ditemui pukul 10.34 malam, tidak jauh daripada lokasi mangsa pertama.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Zon 1 Johor, Hamdan Ismail berkata, seramai 21 pegawai dan anggota bomba termasuk sembilan daripada Unit Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 petang tadi.

Katanya, operasi bagi mengesan mangsa lemas itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pertahanan Awam (APM).

“Hasil operasi yang dijalankan, mangsa pertama (Sharif) ditemui pada pukul 9.18 malam di lokasi kejadian itu.

“Sementara itu, mangsa kedua pula (Mohd. Ahlan) ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan mangsa pertama iaitu pada jarak kira-kira dua meter dengan kedalaman air lima meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mengikut maklumat awal, Sharif dipermudahkan cuba mengambil seliparnya yang terjatuh di dalam sungai berkenaan.

“Difahamkan Mohd. Ahlan dipercayai cuba membantu Sharif yang dilihat mula lemas ketika cuba mengambil selipar, namun percubaannya gagal dan kedua-dua lemas,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dibawa oleh pihak polis ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk tindakan lanjut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI