fbpx

Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 dilaporkan telah berlaku di Jawa, Indonesia

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 dilaporkan telah berlaku di Jawa, Indonesia pada pukul 8.26 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 7.9 darjah Selatan dan 105.9 darjah Timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 78 kilometer (km) dan 160km Barat Daya dari Sukabumi, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI