fbpx

Dua ‘port’ penagih di ladang sawit digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (tiga kiri) melihat suspek yang ditahan dalam operasi itu.

KUALA SELANGOR – Dua ladang kelapa sawit yang menjadi ‘port’ penagihan dadah sejak seminggu lalu terbongkar apabila digempur polis semalam.

Serbuan bermula kira-kira pukul 5 pagi itu dilakukan secara berasingan di sekitar kawasan Ijok dan Bukit Rotan, di sini berjaya menahan 21 penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan 26 pegawai dan anggota polis daripada lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) termasuk daripada IPD Klang Utara, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Sungai Buloh.

Katanya, operasi dilakukan hasil maklumat mengenai dua ladang kelapa sawit yang dijadikan sarang penagih untuk melepaskan gian.

“Ketika serbuan, kita menahan 21 suspek berusia 40 hingga 60 tahun di kedua-dua lokasi tersebut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati 15 daripada mereka positif dadah,” katanya ketika ditemui di IPD Kuala Selangor di sini, petang semalam.

Jelas Ramli, pihaknya turut merampas syabu seberat 5.20 gram dan 25 gram heroin yang dianggarkan bernilai RM1,000.

“Siasatan awal mendapati kebanyakan dadah dibeli dari kawasan luar  dan dua port yang baru beroperasi seminggu itu dijadikan lokasi menagih dadah.

“Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Selangor dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A (1) dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI