fbpx

12 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 12 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,793 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dilaporkan, dengan jumlah kes BID kekal 6,415 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Pahang (3), Kedah (2), Melaka (2), Kelantan (1), Johor (1), Negeri Sembilan (1), Sarawak (1) dan Selangor (1) serta tiada kematian di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 41,199 kes aktif melibatkan 33,784 kes dikuarantin di rumah, 4,080 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,153 kes di hospital, 99 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 83 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI