fbpx

Gerrard hambur pujian kebangkitan penuh bergaya Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COUTINHO (kanan) meraikan jaringan penyamaan ketika mengikat United 2-2 pada aksi EPL di Villa Park awal pagi semalam. – AFP

BIRMINGHAM – Aston Villa menunjukkan kebangkitan dramatik apabila berjaya mengikat Manchester United seri 2-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi semalam.

Dua gol dalam tempoh lima minit menerusi Jacob Ramsey dan Philippe Coutinho sudah cukup untuk memadam dua jaringan yang dilakukan pemain tengah United, Bruno Fernandes.

Pengurus Villa, Steven Gerrard berkata, beliau tidak gembira dengan aksi yang ditampilkan anak-anak buahnya pada separuh masa pertama apabila membenarkan United untuk menguasai sepenuhnya permainan.

Bagaimanapun, kebangkitan yang ditampilkan selepas waktu rehat membuktikan kemampuan sebenar Villa apabila dilihat cukup agresif melancarkan serangan sehingga berjaya menyamakan kedudukan.

“Mungkin kami bukan pasukan terbaik dalam tempoh 25 minit pertama kerana kurang agresif dan terlalu pasif. Saya juga akui mereka (United) berhak untuk jaringkan satu gol pada separuh masa pertama.

“Ketika rehat, saya meminta semua pemain untuk menunjukkan reaksi dan mereka berjaya lakukannya dengan menjaringkan dua gol. Kami sangat cemerlang pada separuh masa kedua,” katanya.

Beliau juga percaya Villa mampu untuk mendapatkan tiga mata sekiranya mereka menampilkan aksi sama se­perti separuh masa kedua dalam keseluruhan perlawanan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI