PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 skala richer berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 4.15 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 24.1 darjah Utara dan 122.1 darjah Timur dengan kedalaman 28 kilometer (km).
“Kejadian berlaku di 117 km Tenggara dari Taipei, Taiwan.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE