LONDON – Seorang wanita di Britain dikecam kerana membuang air besar di tengah jalan ketika waktu siang di sebuah kawasan kediaman, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar pukul 11.20 malam (waktu tempatan) pada Khamis lalu di sebatang jalan berhampiran kawasan kediaman Parkwood Avenue, bandar Scunthorpe.
Seorang penduduk yang terkejut dengan situasi itu bertindak merakam gambar wanita terbabit yang sedang membongkok dari luar tempat duduk penumpang sebuah kereta sambil berbual menggunakan telefon, lapor laman berita GrimsbyLive.
Najis wanita itu didakwa ditinggalkan dengan sehelai pelitup muka diletakkan di atasnya.
“Saya keluar dari rumah dengan beberapa rakan ketika ternampak sebuah kereta berwarna biru dengan pintu tempat duduk penumpang terbuka di luar rumah penjagaan Bridgewater.
“Dia kembali ke dalam kereta setelah mengesan kehadiran saya,’’ jelas seorang penduduk di kawasan itu, Nicky Johnson kepada laman berita GrimsbyLive.
Tambah Nicky, kereta itu kemudian dilihat mengundur dan menuju ke arah Parkwood Avenue sebelum berhenti di sebatang jalan.
Dia kemudiannya berlalu pergi setelah keluar dari kereta dan berjalan ke arah Seaton Road. – Agensi