fbpx

Terjun parit kerana enggan berubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi kejadian ketika seorang lelaki dilaporkan terjun ke dalam parit kerana tidak mahu dibawa berubat. – Instagram

JAKARTA – Gara-gara takut untuk mendapatkan rawatan, seorang lelaki di Indonesia bertindak terjun ke dalam sebuah parit sehingga menyebabkannya terpaksa diselamatkan seorang anggota tentera, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Menerusi  satu rakaman klip video yang dikongsikan di Instagram, orang ramai dilihat berkumpul di tepi sebuah parit untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Beberapa penduduk dilihat cuba membantu lelaki berkenaan untuk naik ke atas darat.

Menurut sumber, lelaki yang mengalami sakit mata itu pada awalnya sedang dalam perjalanan untuk dibawa berubat.

Namun, dia dikatakan berat hati untuk mendapatkan rawatan dan secara tiba-tiba terjun ke dalam parit tersebut.

Video itu tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga pakcik sembuh dan anak yang menjaganya diberi kesabaran dan pahala yang besar atas jasanya,’’ tulis seorang netizen.

“Mungkin dia terjatuh dan bukan terjun kerana matanya sakit,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI