AKTRES yang popular menerusi filem Scream, Neve Campbell berkongsi pengalaman pahit diserang seekor beruang ketika menjalani penggambaran sebuah filem.
Perkara itu didedahkan Campbell ketika ditemu bual dalam rancangan The Kelly Clarkson Show.
Ujarnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia berusia 17 tahun.
“Kru produksi membawa seekor beruang masuk ke dalam set untuk adegan kejar-mengejar, pengarah menyuruh saya mencelupkan tangan ke dalam madu dan melarikan diri.
“Malangnya, beruang tersebut berjaya menerkamnya hingga terjatuh.
“Selepas itu, ia menarik kaki saya,” katanya.
Menurut Campbell, kru produksi yang berada di situ tergamam selepas mendengar jeritan ibunya sebelum pengarah datang dan menyelamatkannya dengan membaling batu ke arah haiwan tersebut.
Aktres itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.