fbpx

[VIDEO] Operasi tren KTMB kembali ikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah komuter tiga gerabak yang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh bergesel dengan ETS yang bergerak dari Stesen Padang Besar menuju ke Stesen Kuala Lumpur Sentral semalam.

KUALA LUMPUR – Operasi tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kembali mengikut jadual apabila kedua-dua kereta api elektrik (ETS) dan komuter yang terlibat dalam insiden bergesel dekat Stesen Kuang semalam selamat dibawa ke depoh masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata, kedua-dua tren itu dikeluarkan sejurus siasatan terperinci di lokasi kejadian selesai awal pagi tadi.

“Siasatan lanjut ke atas ETS kini diteruskan di Depoh Batu Gajah, manakala penyiasatan yang sama dilakukan ke atas komuter di Depoh Sentul.

“Pengalihan tersebut juga telah membolehkan perkhidmatan tren-tren penumpang dan kargo kembali beroperasi mengikut jadual,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, ia dapat dilakukan setelah pemeriksaan teliti merangkumi aspek keselamatan landasan, teknikal dan semboyan di kawasan itu selesai dijalankan.

Beliau berkata, hasil siasatan itu akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan serta agensi-agensi berkaitan bagi mengenal pasti punca serta mencadangkan langkah-langkah mengelak kejadian yang sama dari berulang.

Dalam kejadian pukul 6.37 petang semalam, sebuah komuter tiga gerabak yang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh bergesel dengan ETS yang bergerak dari Stesen Padang Besar menuju ke Stesen Kuala Lumpur Sentral.

Seorang penumpang komuter cedera ringan, manakala 29 penumpang lain dan 93 penumpang ETS selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI