fbpx

CSR pupuk minat anak-anak memasak bersama ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIE MASRI membantu anaknya mengadun tepung dan gula untuk menghasilkan kuih.

PETALING JAYA – Pandemik Covid-19 yang melanda dunia ternyata telah mengubah norma dan gaya hidup semua orang.

Bekerja dan belajar dari rumah adalah antara aktiviti baharu yang dilalui semua orang dalam usaha masyarakat membendung penularan wabak tersebut.

Kebaikan bekerja di rumah akan memberi peluang kepada ibu bapa untuk meluangkan masa berharga mereka di rumah bersama anak-anak.

Lebih menarik, ibu bapa juga boleh mencipta detik gembira bersama anak-anak di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti memasak bersama.

Aktiviti memasak dan menghasilkan pemanis mulut adalah antara perkara mudah yang boleh meninggalkan kenangan di rumah bersama keluarga.

Bagi membolehkan kenangan manis itu tercipta antara ibu bapa dan anak-anak, Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) telah menganjurkan Program Masak Bersama Chef Cilik CSR yang bermula dari 6 Disember hingga 2 Januari lalu.

Untuk menyertai pertandingan tersebut, peserta hanya perlu memuat naik gambar dengan anak mereka melakukan aktiviti bersama serta menyediakan resipi yang dihasilkan dengan menggunakan produk keluaran CSR di laman sosial Facebook dan Instagram.

Tempoh peraduan itu merangkumi empat pusingan dan setiap minggu satu resipi paling kreatif dan mempunyai tanda ‘suka’ tertinggi dipilih sebagai pemenang mingguan.

Kuih limas Perak menjadi pilihan resipi Azie Masri.

Dalam pertandingan tersebut, pemenang bagi minggu ketiga, Azie Masira Zainal Abidin telah dipilih sebagai pemenang.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, Program Masak Bersama Chef Cilik CSR yang dianjurkan syarikat adalah sesuatu yang menarik untuk disertai.

Menurutnya, melalui program tersebut dia dapat mencipta pengalaman dan kenangan indah bersama anaknya ketika memasak.

“Apabila mengetahui tentang penganjuran program ini saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.

“Bagi saya program ini membolehkan saya mengisi masa terluang dengan anak-anak dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

“Anak-anak amat gembira melakukan aktiviti ini tambahan pula saya memasak makanan kegemaran mereka,” jelasnya yang kini menetap di Kuantan, Pahang.

Promosi peraduan CSR untuk mengalakkan kenangan memasak bersama ibu bapa dan anak-anak di rumah.

Dalam pada itu, Azie Masira menjelaskan, sebagai salah seorang juara mingguan, dia berjaya membawa pulang hadiah yang diidamkan selama ini iaitu periuk Le Creuset.

“Pada mulanya saya tidak menjangkakan akan menang, tetapi rezeki ternyata milik saya apabila berjaya memenangi hadiah bernilai dengan menyertai peraduan yang menarik ini,” katanya.

Dalam peraduan tersebut, Azie Masira telah menghasilkan kuih tradisional iaitu kuih limas Perak yang merupakan pilihan sekeluarga.

Menurutnya, dengan menggunakan gula perang CSR Better Brown untuk menghasilkan kuih itu, ia memberi rasa yang lebih enak.

“Bagi saya gula perang CSR Better Brown ini memberi rasa yang lebih sedap pada masakan dan ia juga baik untuk kesihatan.

“Kini gula perang CSR Better Brown adalah pilihan keluarga saya, malah dalam setiap masakan, saya akan menggunakan gula perang CSR,” terangnya.

Peserta begitu kreatif menghasilkan menu makanan yang enak dengan menggunakan gula perang CSR Better Brown.

Selain varieti gula perang, produk CSR juga merangkumi, gula putih dan gula sirap emas untuk keperluan harian dalam penyediaan makanan dan juga minuman pengguna.

Berdasarkan indeks peruncitan bagi segmen gula perang di Malaysia, gula perang CSR Better Brown menjadi pilihan no. 1 pengguna di Malaysia.

Mendepani tahun 2022, CSR berusaha untuk terus membangunkan produk inovatif yang memberikan rasa dan kesihatan yang lebih baik kepada pengguna.

*Berdasarkan Perkhidmatan Indeks Runcit untuk segmen Gula Perang bagi 12 bulan berakhir Mei 2021 di Semenanjung Malaysia (Hak Cipta The Nielsen Company (M) Sdn. Bhd.)

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI