fbpx

KPLB sedia peruntukan pasca banjir RM150 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir menyampaikan sumbangan Yayasan Peladang dan sumbangan dermasiswa kepada anak ahli PPK Naka di Naka dekat Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) setakat ini menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk kerja-kerja baik pulih dan pembinaan rumah serta kemudahan lain yang terjejas akibat bencana banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk baik pulih dan bina rumah baharu menerusi inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

“Sebanyak RM50 juta juga akan digunakan untuk membaiki jalan-jalan kampung atau jalan perhubungan desa yang rosak dalam bencana itu.

“Seterusnya lagi RM50 juta diperuntukkan untuk membaiki ameniti sosial seperti bangunan surau dan masjid yang terjejas,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Naka dekat sini hari ini.

Kata beliau, mengikut rekod sehingga 9 Januari lalu, sebanyak 1,879 rumah yang akan dibaik pulih manakala 165 rumah akan dibina baharu melibatkan kos sebanyak RM38.5 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI