fbpx

PTPTN tawar hadiah lumayan hampir RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui kempen Gong Xi Ang Pow 2022 menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM100,000 sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 1 Februari ini.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, kempen yang bertemakan ‘Gong Xi simpan, Kongsi Ong! Hari-Hari Mesti Mau Simpan Tau’ yang dianjurkan di peringkat negeri pada kali ini terbuka kepada semua pendeposit simpan SSPN iaitu simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

“Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh kempen dan akan layak mendapat satu cabutan secara automatik.

“Tempoh promosi kempen adalah selama sebulan bermula 15 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, setiap negeri menawarkan hadiah menarik kepada lapan pemenang iaitu pemenang pertama akan memenangi TV Pintar 4K 50, pemenang kedua pula memenangi periuk tekanan tinggi manakala pemenang ketiga ialah sebuah basikal lipat serta lima pemenang saguhati bernilai RM388.

“Pendeposit simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun,” ujarnya.

Tambahnya, penganjuran kempen itu adalah sebagai tanda penghargaan daripada PTPTN kepada pendeposit yang setia memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk menabung di musim perayaan.

“PTPTN berharap kempen ini akan menarik minat dan menyuntik motivasi masyarakat untuk terus membuat penabungan sekali gus dapat memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat majmuk selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Orang ramai boleh layari portal www.lovesspn,com Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow 2022, pembukaan akaun simpan SSPN dan penambahan simpanan portal,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI