fbpx

Buat tindakan ‘gila’, stokis raih jualan RM8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASIL bimbingan RichWorks dan Dr. Azizan, Carol berjaya meningkatkan hasil jualannya.

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakibatkan ramai usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) gulung tikar tetapi tidak bagi Carols THL Beauty.

Pemilik syarikat tersebut, Tan Hwi Ling atau lebih mesra dengan panggilan Carol berkata, ketika PKP tahun lalu beliau membuat keputusan berani untuk membuka pejabat meskipun hanya sebagai ‘master’ stokis bagi produk kecantikan Cellglo kerana persekitaran tidak kondusif untuk terus bekerja dari rumah.

“Tindakan ‘gila’ ini bermula bila mentor saya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman meminta saya untuk membuka pejabat. Saya ikutkan sahaja permintaannya itu dan apabila pejabat dibuka saya nampak keadaan bertukar menjadi lebih baik.

“Tindakan itu juga membolehkan saya mendapat pekerja yang baik malah bisnes mula berkembang pantas,” katanya.

Pada tahun lalu, pasukan Carol yang terdiri daripada 150 ejen telah meraih jualan sebanyak RM8 juta berbanding RM2.8 juta pada 2020.

Carol menambah, pada awalnya tindakan untuk membuka pejabat sewaktu PKP dilihatnya seperti tidak masuk akal.

Namun beliau tetap yakin dengan bimbingan RichWorks dan Dr. Azizan yang telah terbukti berhasil.

“Saya rasa perkara ini yang menakjubkan bila dibimbing Dr. Azizan. Beliau bentuk saya daripada seorang suri rumah kepada usahawan berjaya. Walaupun saya bukan pengasas produk ini tetapi saya rasa macam pengasasnya sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, apa yang lebih manis, pada tahun sama Carol terpilih menerima anugerah bertaraf antarabangsa, Golden Phoenix yang mengiktiraf kejayaan usahawan wanita di dunia.

“Anugerah ini pada tahun lalu hanya empat orang sahaja yang dapat, tiga penerima adalah pengasas produk cuma saya seorang sahaja master stokis yang naik atas pentas,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI