fbpx

Negeri Sembilan kejutkan juara bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEGERI Sembilan cipta sensasi apabila mengejutkan juara bertahan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL), Selangor MAC 3-2 di Kompleks Sukan Negara, Panasonic semalam.

Pemain pertahanan, Mohammad Sufri Shamil muncul wira selepas menghasilkan dua gol termasuk jaringan kemenangan pada minit ke-40.

Ketika turun tanpa sebarang harapan menentang pasukan pilihan, Negeri Sembilan yang dibimbing Arasan Joseph pantas mengejutkan pasukan lawan apabila membuka jaringan se­awal minit ke-2.

Namun, kelebihan hanya bertahan tiga minit sebelum Syed Aizad Daniel Syed Nasir kembali menyamakan kedudukkan.

Kebangkitan yang dijelmakan Selangor MAC seakan tidak menjejaskan aksi Negeri Sembilan dan minit ke-15, giliran Mohammad Sufri meletakkan pasukannya di depan sebelum Matheus Vasconcelos kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-24.

Ketika aksi seakan berakhir seri, Mohammad Sufri menceria­kan penyokong Negeri Sembilan apabila meledak gol kedua untuk memastikan tiga mata mutlak buat Negeri Sembilan.

Keputusan ini menambahkan kehangatan penganjuran kali ini selepas dua edisi terdahulu, 2020 dan 2021 terpaksa dibatalkan ekoran penularan Covid-19.

Dalam aksi hari pertama kelmarin, bekas juara MPFL 2004, PDRM yang kembali ke pertan­dingan ini buat pertama kali sejak 2009 muncul pasukan paling cemerlang apabila menang besar 6-3 ke atas Shah Alam City.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI