fbpx

Suami, anak jadi mangsa kemarahan saya – Ramona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMONA mengakui dirinya mudah naik angin semasa PKP 3.0, tahun lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Ramona Zamzam mendedahkan dirinya menjadi seorang pemarah sepanjang melalui tempoh berkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tahun lalu.

Pemilik lengkap nama Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam berkata, akibat gangguan emosi yang dialaminya, suami dan anaknya menjadi mangsa kemarahannya.

Bagaimanapun katanya, gangguan emosi berkenaan tidak dirasai ketika PKP 1.0 dan 2.0.

“Terlalu lama duduk di rumah buatkan saya jadi bengong sekejap ketika itu. Saya seorang yang aktif dan perlu berjumpa de­ngan orang setiap hari.

“Lebih terasa sebab saya duduk di rumah jenis kondomi­nium, jadi pergerakan terbatas selain tidak boleh bekerja.

“Lama-lama berlaku perubahan emosi apabila saya jadi mudah marah,” katanya pada sidang akhbar program The Masked Malaysia baru-baru
ini.

Pelakon filem KL Special Force itu bagaimanapun menarik nafas lega selepas cepat tersedar dan cuba mengatasi gangguan emosi yang dialaminya.

“Mula-mula saya tidak sedar dengan perubahan (menjadi pemarah tetapi lama kelamaan saya mula rasai ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya mula meneliti semua dan mendapati ia kesan PKP,” kata pelakon berusia 32 tahun.

Atas nasihat daripada kenalan, Ramona disaran melakukan aktiviti sukan di rumah agar kekal tenang.

“Alhamdulillah emosi saya kembali stabil selepas itu.

“Saya bersyukur kerana suami juga memahami apa yang saya alami selepas saya menjelaskan situasi sebenar mengapa mereka menjadi mangsa,” ujar­nya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI