fbpx

Kem Arsenal makin ‘tenat’ bagai di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (depan) antara pemain Arsenal yang masih belum pasti dapat diturunkan menentang Spurs awal pagi esok. – ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengharapkan keajaiban selepas krisis pasukannya kini berada pada tahap kritikal menjelang derbi Utara London menentang musuh setempat, Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Krisis Arsenal semakin me­runcing susulan kad merah diterima Granit Xhaka selepas mengasari Diogo Jota ketika seri tanpa jaringan menentang Liverpool pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris di Anfield kelmarin.

The Gunners kini tiada pemain senior di bahagian ­tengah selepas Martin Odegaard dan Emile Smith Rowe mengalami kecederaan, manakala Thomas Partey serta Mohamed Elneny pula sedang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

“Sepatutnya anda bersemangat untuk menghadapi derbi (berdepan Spurs), tetapi saya tidak merasainya kerana saya langsung tiada pemain ketika ini. Sekarang adalah waktu sukar buat kami.

“Saya tidak mencari alasan dan perlu teruskan perlawanan ini. Saya mengharapkan barisan pemain dapat menunjukkan komitmen dan kesungguhan tinggi sama seperti mereka lakukan ketika menentang Liverpool,” kata Arteta.

Lebih membimbangkan apabila bintang Arsenal, Bukayo Saka dilaporkan masih me­ngalami kecederaan ketika menentang Liverpool dan belum pasti sempat cergas untuk aksi di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi esok.

Disebabkan itu, Arteta berharap agar pihak EPL meluluskan permohonan untuk menangguhkan aksi bertemu Spurs memandangkan mereka hanya mempunyai 12 pemain dalam skuad utama yang bebas tanpa sebarang masalah kesihatan atau kecederaan.

“Kami tidak mahu mengambil langkah ini tetapi kami hilang terlalu ramai pemain dalam skuad utama. Ia disebabkan masalah Covid-19, kecederaan dan pemain-pemain di AFCON,” jelasnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI