fbpx

Remaja dirogol kenalan Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash.

LUMUT – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dirogol selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Instagram dalam kejadian setahun yang lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa terbaca mesej yang mencurigakan dalam telefon bimbit anaknya itu sebelum membuat laporan polis.

Susulan itu, polis telah menahan seorang penganggur berusia 30 an dan merampas sebuah kereta yang dipercayai menjadi tempat kejadian itu berlaku Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu lalu hingga Isnin ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui pada Program High Profile Policing (HPP) dan Kayuhan Komuniti Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor, di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes itu sudah lengkap dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI