fbpx

Maut selepas lima hari kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Ahad lalu.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal warga emas yang terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini pada Ahad lalu meninggal dunia tengah malam tadi selepas kira-kira lima hari bertarung nyawa.

Mangsa, Abdul Rahman Jaafar, 72, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.20 tengah malam ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, dalam kemalangan itu, mangsa yang juga pesara cedera parah selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta kira-kira puku 8.40 malam.

“Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LCI dalam perjalanan dari arah Bukit Minyak menuju ke Alma sebelum bergesel dengan cermin sisi sebelah kanan sebuah kereta jenis Nissan Teana dari arah sama.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah dikejarkan ke HBM sebelum dia disahkan meninggal dunia pukul 12.20 tengah malam tadi kerana kecederaan parah pada kepala,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta berusia 59 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI