Oleh IVAN AMIRUL
PENAMPANG – Penambahbaikan sistem pendidikan khas di Sabah sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan golongan pelajar keperluan khas memperoleh pendidikan berkualiti.
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, penekanan termasuklah menyediakan kemudahan infrastruktur serta kepakaran.
Katanya, pendidikan khas perlu diberi keutamaan supaya pelajar istimewa berkenaan boleh mendapat pendidikan terbaik sama seperti pelajar lain.
“Hal ini juga penting agar golongan pelajar ini boleh menimba ilmu yang mampu mendidik mereka menjadi individu berdikari apabila tamat persekolahan kelak.
“Selain itu, pendidikan berkualiti di sekolah turut menentukan pelajar pendidikan khas ini berupaya dilahirkan sebagai anggota masyarakat yang berguna kepada negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kupi-Kupi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini tadi.
Dalam majlis sama, Radzi menyampaikan replika cek bernilai RM6. 6 juta kepada Jabatan Pendidikan Sabah yang diterima Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin.
Peruntukkan terbabit adalah bertujuan untuk elaun murid berkeperluan khas 2020 fasa dua untuk Julai sehingga Disember 2020 manalala SMK Tansau juga menerima peruntukan sebanyak RM74, 700 untuk tujuan sama. – K! ONLINE