JAKARTA – Seorang wanita mendapat perhatian netizen gara-gara tersenyum dan tidak marah ketika suaminya ditangkap berlaku curang, lapor laman berita Suara.com.
Video tersebut dimuat naik ke akaun bernama @maemunahh62.
Ketika kejadian, beberapa penduduk kampung dilihat menyerbu sebuah rumah milik seorang janda.
Anehnya, wanita itu tidak menunjukkan reaksi kekecewaan atau marah ketika mendapati suaminya bersembunyi di dalam sebuah almari.
Sebaliknya, dia tetap tersenyum dan tenang sambil mendukung anaknya yang berusia bawah lima tahun.
“Berbual sampai pukul 12 malam,’’ kata wanita itu sambil kembali tersenyum.
Perkara tersebut mencetuskan kemarahan penduduk ketika melihat gelagat suaminya yang bersahaja.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen di ruangan komen turut hairan dengan tindakan wanita tersebut.
“Wanita itu menutupi kesedihannya dengan senyuman,’’ tulis seorang netizen. – Agensi