SINGAPURA – Seorang lelaki Singapura dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah cuba merogol isteri rakannya, lapor portal Coconut News, kelmarin.
Defendan berusia 47 tahun itu dikatakan melakukan percubaan merogol itu bagi memenuhi fantasi songsang suami mangsa untuk melihat isterinya bersama lelaki lain.
Mangsa dilaporkan sempat menyelamatkan diri dan membuat laporan polis kerana pada waktu kejadian, tertuduh dikatakan mengalami masalah disfungsi.
Kejadian ini merupakan antara beberapa kes serupa yang dikesan di pulau itu.
Menurut dokumen mahkamah, beberapa suami yang ditahan berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana berfantasi melihat orang lain melakukan hubungan seks dengan isteri mereka.
Secara keseluruhan, kes terbaharu ini menjadikan terdapat empat lelaki didakwa kerana kesalahan serupa antara 2010 hingga 2022. – Agensi