fbpx

Individu lengkap vaksin hanya kuarantin tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Individu yang disahkan positif Covid-19 serta telah lengkap vaksinasi dan tidak bergejala diwajibkan menjalani perintah pengasingan selama tujuh hari, manakala tempoh 10 hari pula bagi mereka yang tidak lengkap, enggan vaksin atau bergejala.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, untuk kontak rapat kepada kes positif Covid-19, individu yang telah mendapat dos penggalak perlu menjalani perintah kuarantin selama lima hari.

Katanya, bagi kontak rapat yang telah lengkap vaksinasi dan yang belum lengkap atau tiada vaksinasi, individu tersebut perlu menjalani perintah kuarantin selama tujuh hari.

“Sekiranya kontak rapat tersebut bergejala, lakukan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 menggunakan RTK-Ag sama ada kendiri atau ke fasilti kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut. Keputusan ujian kendiri hendaklah dimasukkan ke dalam Mysejahtera.

“Mereka juga perlu menjalani ujian RTK-Ag sama ada di fasiliti kerajaan atau swasta pada hari kelima (untuk kuarantin lima hari) dan hari ketujuh (untuk kuarantin tujuh hari) serta diberi pelepasan kuarantin pada hari yang sama ujian pengesanan RTK-Ag dijalankan sekiranya keputusan adalah negatif dan tidak bergejala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, prosedur itu akan mula berkuat kuasa esok dan turut terpakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kuarantin manakala prosedur sedia ada bagi pengurusan pengembara yang baru tiba ke Malaysia masih terpakai.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah meningkatkan kesiapsiagaan sistem perkhidmatan kesihatan dalam menghadapai kemungkinan peningkatan kes susulan pelaporan kes jangkitan varian Omicron dalam negara.

“Oleh itu, KKM menyarankan kepada individu yang layak menerima vaksin Covid-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan yang optimum serta mengelakkan gejala jangkitan Covid-19 yang teruk serta komplikasinya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI