fbpx

Rakyat tidak mahu PRN Johor diadakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Desas-desus berkenaan kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat semakin bertiup kencang ketika ini.

Ada sahaja berita dan laporan berkenaan parti-parti politik besar negara sudah bersedia dalam pertempuran merebut kerajaan negeri tersebut.

Selepas PRN di Melaka serta Sarawak tahun lalu, kini Johor pula bakal menentukan parti mana yang bakal menerajui kerajaan negeri.

Rata-rata orang ramai tidak bersetuju jika proses pengundian tersebut dijalankan ketika ini.

Ramai yang berpendapat PRN hanya akan merugikan dan tidak mahu perkara itu berlaku kerana masalah pendemik Covid-19 yang masih tiada kesudahan.

“Kenapa tak boleh sabar sangat, kata PRU (Pilihan Raya Umum) dah dekat. Kenapa PRN nak diadakan lagi, tak rasa rugi ke kalau memerintah sekejap.

“Jangan fikir nak memerintah sahaja, fikir juga Covid-19 ini yang tak sudah-sudah, lagi nak buat PRN,” jelas Benua Selatan.

“Memang tidak sesuai lagi masa ini, tak payah kalut nak mengundi. Orang pun baru lepas hadap banjir, kesempitan duit lagi.

“Letih dengan politik macam ini, selagi bergabung ada sahaja yang tidak puas hati mana-mana, cukup dahulu tunggu sahaja PRU,” kata Roda Harapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI