fbpx

Lelaki lapan cincin dikejar ke hospital lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jari lelaki yang membengkak akibat cincin yang tersekat.

ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Selepas lebih sebulan terselamat akibat lapan cincin dipakainya tersekat dijari, seorang lelaki sekali lagi dikejarkan ke hospital kerana masalah sama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, mangsa berusia 41 tahun itu dipercayai dihantar ahli keluarganya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, kerana dua jari kirinya membengkak akibat cincin yang dipakainya.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas bergegas selepas menerima panggilan kecemasan daripada hospital itu pukul 10.07 pagi.

“Setibanya di Unit Kecemasan HTAR, jari manis kiri mangsa didapati bengkak teruk akibat cincin jenis plastik dipakainya tersekat.

“Anggota bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin itu secara berwaspada bagi mengelak mangsa mengalami kecederaan lebih teruk,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini hari ini.

Ujar jurucakap itu, operasi tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh lima minit.

“Lelaki berkenaan dilaporkan stabil dan diserahkan kepada hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, siasatan pihaknya mendapati mangsa merupakan individu sama yang pernah diselamatkan bomba pada hujung Julai lalu.

“Jari mangsa membengkak dipercayai akibat aliran darah tersekat dan merencatkan pertumbuhan,” katanya.  -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI