fbpx

Tarian Bella buat netizen tak keruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETERUJAAN Bella menari dikecam netizen.

BEBERAPA hari lalu, Diva sempat menonton sebuah video TikTok si kecil molek Bella Astillah menari dalam sebuah video bersama sahabat baiknya.

Umum tahu, dia memang penari yang lincah lebih-lebih lagi selepas mengiringi suami tercinta, Aliff Aziz dalam sebuah persembahan konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) baru-baru ini.
Namun, macam biasalah, ada pula netizen yang kurang senang dengan aksi Bella sehingga menegurnya supaya menjaga diri atas alasan suaminya telah berubah.

“Harap Bella, kawallah diri selepas ini. Kasihan pada suami awak, jagalah maruah dia,” komen seorang netizen yang kurang berpuas hati melihat video tersebut.

Dalam ramai yang mengecam, masih ada netizen yang menitipkan doa dan sokongan buat ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Bagusnya, Bella tidak melenting mahupun menempelak sikap netizen terhadapnya.

Apalah sangat dikecam sebab tarian, sebelum ini lebih hebat kecaman terpaksa ditelannya demi suami.

Sabarlah ya Bella, mulut manusia memang tidak akan pernah berhenti bercakap.

DIVA: Aishah kini sudah bergelar Datuk Aishah, tak sia-sia beli beras sendiri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI