fbpx

Neelofa dikelilingi bantal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA berkongsi keadaan atas katilnya yang bersepah dengan bantal.

SEBENARNYA ramai juga yang bising, kerana katanya sudah bosan dengan cerita kehamilan Neelofa walaupun empunya diri masih tak cakap apa-apa tentang status anak dalam kandungannya.

Bagi Diva, Neelofa sudah sudah tidak mengunci mulut pun kerana baru-baru ini isteri kepada Haris Ismail itu dilihat terbuka berkongsi dalam Instastory mengenai persedian sebelum melahirkan cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Bukan sahaja tentang barang bayi dan makanan yang diidamkan sebelum berpantang, paling mencuri perhatian ialah Neelofa juga menunjukkan keadaan katilnya yang ‘dibanjiri’ dengan bantal.

“Maaf ya, ibu mengandung memang ada 100 bantal di atas katil,” katanya.

Rasa-rasanya ramai yang semakin seronok melihat perkongsian Neelofa mengenai proses kehamilannya ketika ini.

Sebelum ini sangat tertutup dan berahsia tetapi kini sudah semakin terbuka. Perut juga sudah semakin membesar, macam mana lagi nak sorok.

Apapun, ramai yang tidak sabar menanti kehadiran zuriat pertama Neelofa tidak lama lagi.

DIVA: Semoga hasrat Remy Ishak untuk menimang cahaya mata dipermudahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI