fbpx

Suspek cemari sungai didakwa minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan proses pendakwaan minggu depan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran sumber bekalan air sehingga mengakibatkan gangguan meluas di Lembah Klang.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, ketika ini tindakan penguatkuasaan pelbagai agensi sedang berjalan dengan melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri.

Beliau berkata, agensi terbabit ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pihak berkuasa tempatan.

“Proses pendakwaan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 akan dilaksanakan minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat lelaki yang juga pemilik kilang direman selama enam hari selepas disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang.

Perintah reman itu dikeluarkan pagi tadi oleh Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Nurul Mardhiah Mohammed Redza. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI